Sistem ini telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2016 menggantikan sistem permohonan manual yang lama. Sistem ini terbuka kepada semua staf-staf awam di MINDEF yang berminat untuk bertukar ke unit-unit lain di bawah organisasi MINDEF.

Pertimbangan bagi pertukaran dalaman dilaksanakan secara telus dan adil berasaskan giliran, merit dan kekosongan perjawatan. Pengguna juga boleh memohon pertukaran luaran melalui agensi pembekal skim perkhidmatan masing-masing (JPA, KKM, KKR, dll) kerana pertukaran suaipadan dan kekosongan dalaman adalah terhad.

Permohonan pertukaran dalaman dibuka sepanjang tahun. Tempoh sah permohonan ialah SATU TAHUN dari tarikh permohonan. Pemohon perlu memperbaharui permohonan sekiranya masih berminat sebelum tamat tempoh sah tersebut. Permohonan akan terbatal dengan sendirinya sekiranya tiada pembaharuan selepas tempoh tersebut.

Pemberitahuan

Sila maklumkan pihak Cawangan Khidmat Awam melalui e-mel cka.bpsm@mod.gov.my sekiranya terdapat unit/lokaliti/wilayah dalam sistem ini yang tidak tepat.

Bagi memudahkan urusan permohonan, para pengguna digalakkan untuk mengimbas dokumen-dokumen berikut terlebih dahulu: Sijil Perakuan Perkahwinan, Sijil Pendaftaran Kelahiran bagi anak-anak serta dokumen-dokumen sokongan kepada permohonan.

Pengguna digalakkan untuk mengimbas Borang A 1/2015 yang telah lengkap diisi dalam format pdf dalam single A4 page dengan resolusi sederhana. Sila pastikan ketiga-tiga perakuan dalam ruang sokongan ketua jabatan ditanda selengkapnya oleh ketua jabatan.