Sistem ini telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2016 menggantikan sistem permohonan manual yang lama. Sistem ini terbuka kepada semua staf-staf awam di MINDEF yang berminat untuk bertukar ke unit-unit lain di bawah organisasi MINDEF.

Pertimbangan bagi pertukaran dalaman dilaksanakan secara telus dan adil berasaskan giliran, merit dan kekosongan perjawatan. Pengguna juga boleh memohon pertukaran luaran melalui agensi pembekal skim perkhidmatan masing-masing (JPA, KKM, KKR, dll) kerana pertukaran suaipadan dan kekosongan dalaman adalah terhad.

Permohonan pertukaran dalaman dibuka sepanjang tahun. Tempoh sah permohonan ialah SATU TAHUN dari tarikh permohonan. Pemohon perlu memperbaharui permohonan sekiranya masih berminat sebelum tamat tempoh sah tersebut. Permohonan akan terbatal dengan sendirinya sekiranya tiada pembaharuan selepas tempoh tersebut.

Soalan Lazim


Apakah format yang paling sesuai bagi dokumen yang akan dimuatnaik?
Lokaliti dan wilayah unit semasa saya tiada/tidak tepat
Dokumen yang dimuatnaik tidak dapat diterima sistem kerana saiz fail melebihi saiz maksimum yang diperuntukkan.